Tolak calon dijulang atas dulang – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon yang dijulang atas dulang belum tentu boleh memberi kemenangan kepada parti, tidak kira sama ada menteri atau jutawan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, amalan menyanjung calon ‘anak emas’ tidak sewajarnya diteruskan oleh UMNO.

“Makanan atas dulang belum tentu sedap walaupun dijulang tinggi sebelum dihidang. Begitu juga calon yang dijulang atas dulang. Belum tentu dia winnable, likeable dan acceptable.

“Calon atas dulang ialah mereka yang tidak menyumbang kepada pengukuhan parti, malu mengaku ahli parti, ada masanya susahkan parti, lalang dan menentang keputusan parti,” bidas Puad dalam kenyataan semalam.

Speaker DUN Johor itu menegaskan, adalah lebih teruk, mereka keluar parti ketika parti susah.

“Tiba tiba dicalonkan semula sebagai calon UMNO bila berlaku PRK atau PRN. Mereka jadi anak emas.

“Hentikan amalan tersebut. Tidak kiralah mereka itu Menteri atau jutawan . Jangan lukakan hati ahli akar umbi yang setia parti,” katanya tanpa memetik sesiapa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat