Covid-19: Jumlah Kes Di Brazil Lepasi Angka Sejuta, Kedua Selepas USA

- Advertisement -

BRAZIL: Negara Amerika Selatan ini menjadi yang kedua di dunia dimana jumlah pesakit Covid-19 telah melepasi angka sejuta atau lebih tepat lagi, 1,032,913 orang.

Satu tangga dibelakang Amerika Syarikat yang mencatat 2,297,190 kes dengan 121,407 kematian.

Semalam sahaja, hampir 55 ribu orang sah dijangkiti virus tersebut. Jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu meningkat sebanyak 1,206 kes kepada 48,954 orang.

Ironinya, sama seperti rakan sejawatannya di negara Uncle Sam itu, Presiden Brazil, Jair Bolsarano turut memandang rendah bahaya COVID19 malah menyertai beberapa tunjuk perasaan membantah perintah Lockdown yang dikenakan para gabenor di beberapa wilayah di negara tersebut.

Sehingga beliau mendapat nama jolokan “Tropical Trump” (Trump versi tropika).

Kaedah Bolsarano dalam menangani ancaman Covid-19 di negara tersebut kini menyumbang kepada kemerosotan sokongan terhadapnya.

Negara itu masih tidak mempunyai Menteri Kesihatan sejak April apabila 2 orang yang pernah dilantik ke jawatan itu, meletakkan jawatan kerana perbezaan dengan Presiden dalam isu berkenaan.

Virus Covid-19 dikesan masuk ke Brazil melalui golongan kaya yang balik bercuti dari Eropah. Mereka tidak disaring atau dikenakan perintah Kuarantin kerana Bolsarano tidak melihat virus tersebut sebagai satu ancaman – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat