UPNM dan IKTBN Dusun Tua Jalin Kerjasama Strategik Bangunkan Kenderaan HWIG Berteknologi RCWS

- Advertisement -

Langkawi, – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua (IKTBNDT) memeterai satu perjanjian Surat Niat (Letter of Intent – LoI) hari ini dalam satu majlis bersempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25), sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang kejuruteraan pertahanan dan TVET.

Pertukaran dokumen LoI itu disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad dan Pengarah IKTBNDT, En. Shamsuri bin Arif. Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud di Pavilion Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dewan D, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.

Kerjasama ini menyasarkan pembangunan prototaip Kenderaan Hover Wing-In-Ground (HWIG) yang akan dilengkapi dengan sistem persenjataan kawalan jauh atau Remote Controlled Weapon (RCWS). Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam usaha memperkasa keselamatan maritim serta keupayaan rondaan dan pengawasan pantai negara.

Menurut Ketua Program, Mej Prof. Madya Ir. Dr. Razali bin Abidin (Bersara), projek ini membuktikan keupayaan sinergi antara institusi akademik dan pendidikan teknikal dalam melahirkan penyelesaian teknologi berimpak tinggi. “Kerjasama ini membuka ruang kepada perkongsian sumber manusia dan kepakaran, selain merangsang pemindahan teknologi dan inovasi dari makmal ke lapangan sebenar,” katanya.

UPNM, sebagai satu-satunya universiti pertahanan di Malaysia, terus memainkan peranan utama bukan sahaja dalam melahirkan graduan berdisiplin tinggi, malah sebagai pusat penyelidikan strategik dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Inisiatif ini juga sejajar dengan agenda nasional ke arah pertahanan pintar (Smart defence) serta memperkukuh peranan pendidikan tinggi dan latihan kemahiran dalam pembangunan industri pertahanan negara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat