SGCF 2023 Tawar Platform Bantu Usahawan PKS Berniaga

- Advertisement -

CYBERJAYA – Soul & Grunge Chooper Fest 2023 (SGCF 2023) menawarkan platform kepada usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berniaga dan menambah pendapatan dalam acara komuniti motorsikal berkuasa tinggi dan klasik yang pertama kali diadakan di Selangor.

Pengarah Program, Norazidin Sharifuddin berkata, sebanyak 120 ruang niaga ditawarkan kepada usahawan-usahawan PKS, pusat tahfiz dan ibu-ibu tunggal yang dibahagikan kepada beberapa kategori seperti pakaian, makanan dan aksesori motorsikal sebagai platform kepada mereka untuk berniaga dan seterusnya menambahkan pendapatan dan meningkat ekonomi mereka.

“Program yang menghimpunkan komuniti motorsikal berkuasa tinggi dan motorsikal klasik ini merupakan platform yang efektif dan berkesan untuk mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan usahawan PKS kerana ianya bukan sahaja dikunjungi oleh penggemar motorsikal berkuasa tinggi dan klasik dari seluruh negara, malah bakal dikunjungi masyarakat berbilang kaum tanpa mengira usia dan tahap pendapatan dari sekitar Shah Alam dan Selangor.

“Sebagai tanda sokongan komuniti motorsikal berkuasa tinggi dan klasik termasuk Harley Davidson, Royal Enfield, Triumph dan Vespa dari seluruh negara akan berkumpul bersama memeriahkan program ini disamping membantu usahawan-usahawan setempat menjana pendapatan menerusi program ini,” katanya, dalam kenyataan kepada media hari ini.

Pengerusi Pertubuhan Bakti Kasih Malaysia Wak Doyok

Sementara itu, usahawan selebriti dan juga Pengerusi Bakti Kasih Malaysia, Wak Doyok menyatakan rasa teruja kerana dapat bersama-sama menjayakan program berbentuk kemasyarakatan komuniti permotoran bersama golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

“Menerusi program ini, kami membuka peluang kepada golongan asnaf yang ingin berniaga bagi menyara kehidupan.

“Setakat ini kami telahpun mengenal pasti beberapa peniaga untuk diberikan ruang niaga percuma tanpa apa-apa bayaran, diharapkan peluang ini dapat membantu mereka menambah pendapatan,” katanya.

Menurut kenyataan penganjur SGCF 2023, berbagai acara menarik disediakan sepanjang program itu berlangsung.

“Antara acara tumpuan ialah pertandingan motorsikal cantik dan ubahsuai yang dibahagikan kepada enam kategori dan menawarkan hadiah berjumlah RM30,000.

“Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah kategori chopper, chicanos, custom bike dan juga motor klasik.

“Selain acara permotoran, program juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air. Antara artis yang akan membuat kemunculan adalah Hazama, Mus May dan persembahan istimewa kumpulan Subculture yang menampilkan anggota asal selepas 30 tahun tidak beraksi secara live,” kata kenyataan itu.

SGCF 2023 anjuran Eighteen June Pictures dengan kerjasama Bakti Kasih Malaysia akan berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Jun 2023 dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat