Dakwa Mahathir a/l Iskandar Kutty, Zahid sedia disaman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya berhasrat mahu menyaman beliau berhubung kenyataanya pada 2017 yang mendakwa Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Sebelum ini Presiden UMNO itu dalam kenyataannya pernah menyebut bahawa Dr Mahathir bukan orang Melayu.

“Saya serah kepada dia (jika mahu saman),” katanya memetik Malaysiakini pada Jumaat.

Zahid membuat dakwaan kononnya Dr Mahathir bukan Melayu malah bukan bin sebaliknya anak lelaki ketika menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri.

Kata Zahid beliau mendapat maklumat kad pengenalan (IC) bekas Perdana Menteri itu tercatat namanya sebagai Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Baru-baru ini, Mahathir mencabar Zahid untuk mengemukakan bukti tentang identiti kononnya beliau Mahathir a/l Iskandar Kutty bukannya Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga menuntut permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sekali gus menarik balik fitnah yang dilemparkan atau beliau akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat