Penyanyi Lelaki Ditahan, Disyaki Pukul Bekas Isteri

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seorang penyanyi lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes keganasan rumah tangga di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, penyanyi berusia 45 tahun itu telah ditahan di kediamannya di sekitar Kota Damansara di sini.

“Berdasarkan keterangan kes, kira-kira pukul 2.29 petang semalam, bekas isteri suspek yang berusia 27 tahun telah ke rumah suspek untuk mengambil anak lelaki mereka.

“Namun, berlaku perselisihan faham kerana wanita berkenaan enggan bergambar dengan suspek. Berang akan tolakan bekas isterinya, suspek telah memukul wanita berkenaan pada bahagian badan sehingga terdapat kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menahan suspek di kediamannya sekitar Kota Damansara bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek akan dihadapkan ke hadapan Majistret pada esok untuk permohonan tahanan reman bagi siasatan selanjutnya,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Sek 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat