Fizz Fairuz tumpu pada keluarga

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Datuk Fizz Fairuz membuat keputusan berehat dari penggambaran sepanjang Ramadan untuk meluangkan masa sepenuhnya dengan keluarga.

Fizz berkata, anak sulungnya Nur Afrina Arianna, 7, kini sudah mula berpuasa penuh dan mereka suami isteri perlu memberikan sokongan sepenuhnya.

“Alhamdulillah, setakat ini dia belum tinggal puasa dan mahukan dorongan kami berdua. Saya hantar dan ambil dia dari sekolah dan mengaji.

“Sebulan ini memang saya bagi masa pada mereka. Saya pun tak terbabit dengan sebarang penggambaran dan kalau ada pun hanya drama saya Aku Pilih Bahagia di RTM.

“Lagipun sebelum ini isteri (Almy Nadia), Arianna dan dua lagi anak iaitu Nur Afrina Aurora, 6; Nur Afrina Ayra, 4; dan Nur Afrina Aisyah yang berusia tiga bulan dijangkiti Covid-19. Kita tak tahu sama ada benda ini akan berlarutan. Jadi apabila mereka pulih, saya buat keputusan untuk dekat dengan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kehidupan mereka memang sederhana apabila bergantung kepada tawaran berlakon, namun kepentingan keluarga juga perlu dijaga.

“Memang hidup kami boleh dikatakan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak ambil tawaran berlakon, mana nak dapat duit. Tapi sebelum ini pun saya penggambaran dan ada juga menyimpan untuk masa depan keluarga.

“Selain itu, ada juga beberapa perniagaan lain yang saya buat. Terbaru saya kini menghasilkan songkok sendiri untuk jualan. Siapa yang berminat boleh tengok di Instagram saya.

Dalam perkembangan lain, Fizz gembira dapat melakukan kerja-kerja amal membantu pelbagai pihak terutamanya dalam bulan Ramadan.

Dia bersama bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim terbabit menjayakan perlawanan amal badminton anjuran Surau Al-Abidin Perumahan Kastam WPKL dengan kerjasama House of Oxygen bertujuan mengumpul dana untuk kegunaan surau berkenaan, baru-baru ini.

“Dengan kelebihan yang ada dalam permainan badminton, dapatlah kami bantu kerja-kerja amal. Selebriti dan pemain badminton saling membantu. Biarpun tak banyak, sikit pun memadailah,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat