Demi Lovato cetus ‘perang’

- Advertisement -

Los Angeles: Penyanyi Demi Lovato, 29, menyelar pendekatan jenama dadih bebas gula, The Bigg Chill yang tidak sensitif dengan golongan mempunyai masalah cara pemakanan.

Lovato sekali gus mencetuskan ‘perang’ dalam kalangan netizen yang menyifatkan dia menyalahguna pengaruh besarnya dengan cubaan memburukkan jenama berkenaan.

Bintang pop itu menentang jenama itu atas alasan produk mereka mencetuskan rasa tidak senang kepadanya yang dalam proses menangani masalah cara pemakanan dialaminya.

Lovato turut mengaitkan perkara itu dengan budaya diet melampau selain mengakui mesej jenama produk terbabit mendatangkan bahaya.

“Apabila tidak jelas, mesej itu mengelirukan dan berada di LA(Los Angeles), sukar untuk bezakan budaya diet dan keperluan kesihatan. Saya rasa mesejnya perlu jelas supaya berfaedah buat semua.

“Anda boleh cari jalan untuk menyediakan persekitaran yang lebih mesra untuk orang pelbagai keperluan. Termasuklah yang bermasalah dengan cara pemakanan,” katanya.

Menjadi jenama kegemaran ramai, pihak The Bigg Chill pula menegaskan mereka bukan jenama berasaskan diet. Tuduhan Lovato itu juga jelas mengecewakan mereka.

“Kami bukan penghasut untuk berdiet. Kami sudah memberikan khidmat terbaik mengikut keperluan pelanggan selama 36 tahun. Maafkan kami jika anda tersinggung.

“Perniagaan kecil milik wanita ini mengutamakan semua golongan. Sama ada mereka ada diabetes, vegetarian, tolak gula atau sekadar mahukan manisan, kami hasilkan semuanya,” demikian kenyataan jenama itu.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat