Pakcik botak tu bukan Joe Flizzow

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Pak cik botak tu bukan gua, siot!”. Itu kata penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow, 42, berikutan kecoh di media sosial dirinya dikatakan mirip dengan seorang pembuli jalan raya, semalam.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak bagaimanapun menjelaskan, dia bukan marah, jauh sekali terasa hati kerana menganggap ‘troll’ yang menjadi sohor kini itu sebagai jenaka semata-mata.

“Saya tak terasa langsung. Sebenarnya saya pun saja ‘troll’ balik, buat-buat marah. Jadi, sekarang ini orang yang ‘troll’ saya kena ‘troll’ balik. Itu saja cerita dia.

“Kalau peminat saya yang tahu, kenal peribadi saya, semua tahu saya ini pun raja gurau juga. Kiranya, menjadi baliklah apa yang saya ‘troll’ itu semula,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, penyanyi Ciao itu menerusi Instagram Story berkongsi beberapa hantaran mengenai dirinya dijadikan bahan jenaka oleh netizen di Twitter. Rata-rata menyamakan dia dengan individu berkenaan.

“Jadi sohor kini di Twitter kerana sebab yang tidak betul,” tulisnya pada satu hantaran.

Jenaka itu tercetus selepas dua klip video berdurasi 0.24 saat menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya tular, kelmarin.

Seorang daripada suspek berkaca mata dan botak terbabit secara tiba-tiba disamakan dengan Joe. Malah, ada netizen memuat naik gambar Joe dan individu itu sebelah-menyebelah di media sosial.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat