Masak Spaghetti Carbonara Dengan Cara Yang Tepat, Khairulaming Terima Pujian Chef Terkenal Singapura

- Advertisement -

Nama Khairulaming tidak lagi perlu diperkenalkan kerana dirinya cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Sentiasa berkongsi resipi ringkas tapi sedap, Khairulaming berjaya mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia.

Semalam, Khairulaming telah berkongsi video resipi spaghetti carbonara dan pastinya telah menjadi perhatian ramai. Lebih mengujakan, video masakan tersebut mendapat perhatian chef terkemuka Singapura, Ghazalee Ibrahim.

 

Dalam satu tweet, Ghazalee Ibrahim telah memuji dan kagum dengan resipi yang ditunjukkan Khairulaming kerana hadir dengan cara sebenar memasak spaghetti carbonara. Mana tidaknya, Khairulaming tidak menggunakan susu dan juga keju biasa seperti ramai orang kongsikan dalam video masakan mereka.

Untuk pengetahuan anda, spaghetti carbonara secara tradisional dimasak dengan telur kuning dan tidak ditambah susu seperti banyak resipi yang tular di media sosial. Oleh itu, Ghazalee mengatakan resipi ditunjukkan Khairulaming merupakan tutorial masak yang betul.

Perkongsian Ghazalee mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut berbangga dengan Khairulaming kerana namanya kini mendapat perhatian chef dari negara luar.

 

 

Malah, para netizen turut mengatakan mereka kagum melihat hasil masakan Khairulaming dan ada juga yang berkongsi sering masak seperti yang ditunjukkan oleh Khairulaming. Bagi anda yang belum mencuba, jangan lupa cuba resipi ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat