BKM Akan Disalurkan Pada 28 Mac Ini – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula disalurkan kepada akaun bank penerima mulai 28 Mac ini.

Katanya, seramai 8.6 juta penerima akan mendapat RM 100 – RM 300 pada fasa pertama ini dengan jumlah keseluruhan RM 2 billion .

“Sepanjang tahun 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 8.2 billion kepada keluarga yang susah, ibu bapa tunggal, warga emas dan individu bujang yang susah. dan individu bujang yang susah.

“Bantuan maksimum adalah sehingga RM 2500 iaitu bagi ibu bapa tunggal dengan anak 3 atau lebih dengan pendapatan isi rumah RM 2500 dan ke bawah. Semoga bermanfaat.” Katanya.

Jelasnya lagi, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah Sarawak, tarikh pembayaran dibuat bermula 30 Mac 2022 melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

Tambah Ismail Sabri lagi, semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

“Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.” Katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat