Tak sentuh parti orang lain pun dianggap ‘gila’ – Akmal balas Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mempertikai label ‘gila’ yang dikaitkan dengan beliau oleh Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.

Menurut Adun Merlimau itu, pandangan beliau mengenai pakatan politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya melibatkan partinya Umno, tidak pula menyentuh masa depan parti orang lain.

“Bila kita beri pandangan untuk parti sendiri tanpa sentuh parti orang lain dianggap kita gila pula.

“Apa salah saya sampai dikatakan sebegini?

“Moga Allah berikan yang baik-baik untuk pak cik Khalid Samad,” ujar Akmal.

Beliau berkata demikian sebagai respons balas kepada kenyataan Khalid yang sebelum itu berkata, Amanah terus mengharapkan pakatan politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diteruskan namun tetap bersiap sedia menghadapi kemungkinan berdepan saingan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya BN mengikuti ‘kegilaan’ Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh.

Terdahulu Akmal menyeru partinya (BN) dan Pas membentuk pakatan bagi PRN Melaka, menyatakan perpecahan politik Melayu melemahkan pengaruh mereka walaupun di kawasan majoriti penduduknya terdiri orang Melayu.

Beliau berkata, pilihan raya Melaka sepatutnya menjadi kes ujian bagi kerjasama politik antara dua parti Melayu-Muslim terbesar itu, menyebut bahawa Pemuda Umno secara konsisten memperjuangkan perpaduan sejak awal lagi.

“Saya lebih suka Umno-Pas, walaupun Pas tidak menang sebarang kerusi pada PRN Melaka lalu.

“Jika kita mahukan perpaduan Melayu, kita kena mula sekarang. Kita tak boleh hanya bercakap. Kita mesti buktikan di Melaka, walaupun Umno perlu beri laluan kepada Pas (di beberapa kerusi),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat