KWSP tidak alami kerugian, catat pendapatan pelaburan 63.49 bilion ringgit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) adalah tidak berasas malah KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata penjualan ini merupakan sebahagian daripada strategi dagangan aktif KWSP untuk memanfaatkan pergerakan harga saham dan menjana pendapatan pelaburan jangka pendek.

“Saham MAHB telah dijual pada harga antara 6 ringgit 80 sen hingga 7 ringgit 70 sen seunit, menghasilkan pendapatan berjumlah 102 juta ringgit untuk agihan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023.

“Prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus turut menjadi faktor utama strategi ini.

“KWSP telah mencatatkan keuntungan daripada penjualan beli saham MAHB dan berjaya merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan telah berjaya mengisytiharkan dividen sebanyak 5.50% bagi Simpanan Konvensional dan 5.40% bagi Simpanan Shariah.

Jelasnya secara keseluruhan, sejak tahun 2014, jumlah pendapatan daripada dagangan aktif dan pengumpulan dividen saham MAHB telah mencapai nilai 650 juta ringgit.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang meminta penjelasan jumlah keuntungan atau kerugian yang dialami KWSP dalam transaksi pembelian dan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), serta soal keuntungan atau kerugian yang dilaporkan dalam penyata kewangan KWSP.

Untuk rekod, aktiviti jual beli saham MAHB dan penswastaan MAHB yang baru dimuktamadkan pada tahun ini adalah dua pelaburan yang berbeza iaitu dari segi matlamat pelaburannya dan dari segi jabatan yang bertanggungjawab menguruskan pelaburan tersebut.

Sehingga pengumuman Tawaran Sukarela (Voluntary General Offer, VGO) pada 15 Mei 2024 di Bursa Malaysia, aktiviti dagangan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai berjalan mengikut mandatnya untuk menjana pulangan untuk ahli-ahli KWSP.

KWSP mengamalkan proses tadbir urus yang tegas melalui protokol perintang maklumat atau dikenali sebagai Chinese wall yang merupakan amalan piawaian standard di kalangan GLIC dan institusi kewangan.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat