‘Saya Amat Malu Meratib Nama Najib’ – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: ‘Sebenarnya, saya amat malu “meratib” nama Datuk Najib. Dia memalukan Negara, bangsa dan agama. Malangnya dia sendiri tidak malu malahan berpura-pura seolah-olah dia teraniaya termasuk oleh saya, itulah luahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam surat kedua kepada pengundi Johor.

Kata Tun M lagi, surat khabar luar Negara menggelarnya “Plundering Idiot”, dalam bahasa Johor saya percaya bermaksud penyamun tongong.

“Mahkamah Rayuan pula menghukum beliau sebagai “National Embarrassment” iaitu orang yang memalukan negara,

“Saya akan terus ratib nama Datuk Najib ataupun sesiapa sahaja yang cuba untuk merosakkan negara dan menipu rakyat.” tegasnya lagi.

Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi parti PEJUANG memberi amaran sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali berkuasa, negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptokrat daripada kluster mahkamah untuk disamun dan dirompak.

Menurutnya lagi, Najib masih tidak malu dan sedang berusaha untuk kembalikan kekuatan politik kerana percaya apabila memegang kuasa politik beliau dapat lepas daripada hukuman.

Jelasnya, beliau tidak ada dendam peribadi terhadap Najib.

“Perlu diingatkan ketika skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memuncak, adik Najib, Tan Sri Nazir sendiri telah datang menemui saya meminta saya lakukan sesuatu kerana wang berbilion telah hilang dan keadilan belum lagi dicapai terhadap jenayah dilakukan.

“Nazir menulis panjang lebar mengenai skandal 1MDB dan jenayah-jenayah dilakukan abangnya; tulisan Nazir disebabkan perasaan malu keluarganya begitu bersalah.

“Banyak lagi ditulis Nazir yang dedahkan skandal Najib ini secara terperinci,” katanya melalui pengkosian surat tersebut di Facebooknya, hari ini.

Kata Tun M lagi, sebelum berlakunya skandal 1MDB, Najib turut mendapat sokongan beliau. Malah tekanan turut diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri ke-5) apabila lambat melantik Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Saya percaya Najib layak, saya juga berasa terhutang budi kepada bapanya Tun Abdul Razak kerana telah membantu kerjaya politik saya.” ujar Tun lagi.

Jelas Tun, Tun Razak seorang nasionalis dan pejuang bangsa yang bermaruah tetapi Najib pula mencuri harta negara dengan bantuan Jho Low.

“Malangnya Najib bukan seperti bapanya.” sindir Tun M. -SuaraTV

 

No photo description available.

 

May be an image of text

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat