‘Hanya Laporan Yang Diberikan Kepada Sekretariat MPN’ Jelas Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Datuk Seri Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan laporan yang disampaikan kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah hanya laporan diberikan kepada Sekretariat Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Sebagai Pengerusi MPN, Muhyiddin memerlukan laporan-laporan tersebut untuk mengambil keputusan yang tepat dalam membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa Malaysia ke arah pemulihan pasca Covid-19, kata Tengku Zafrul.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendakwa negara menghadapi masalah kewangan yang lebih besar daripada apa yang dimaklumkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan UMNO.

Jelas Muhyiddin, beliau ada berjumpa Menteri Kewangan pada 17 Feb dan meminta laporan untuk disampaikan dan beliau dengan lantang berkata akan mendedahkan pada masa sesau laporan kewangan negara ini.

Muhyiddin juga mendakwa pentadbiran BN yang bergerak ‘macam biasa’ tidak akan dapat menjamin masa depan cemerlang ketika negara seperti Vietnam dan Indonesia sedang meninggalkan Malaysia dalam pembangunan ekonomi.

Dalam pada itu, Jelas Tengku Zafrul lagi, fakta-fakta ekonomi yang ada di dalam laporan tersebut merupakan fakta yang telah beliau sebut berulang kali kepada Kabinet dan sesiapa sahaja orang awam.

“Saya tidak pernah sorok, baik melalui kenyataan media, ulasan saya dalam forum-forum, jawapan-jawapan parlimen dan laporan-laporan agensi seperti Bank Negara, Jabatan Statistik dan sebagainya.

“Sebab tu sejak tahun lepas, kita dah cakap mengenai Akta Tanggungjawab Fiskal, untuk mengelakkan isu-isu seperti 1MDB, SSER dan sebagainya dari berlaku lagi.” ujarnya lagi.

Kata Menteri Kewangan itu lagi, kerajaan telah memperkenal Akta Tanggungjawab Fiskal dan pun dah terangkan dengan jelas melalui artikel saya yang diterbitkan oleh beberapa media tempatan pada 5 Februari 2022.

“Umum tahu keadaan ekonomi negara buat masa ini, terutamanya selepas kesan negatif yang dibawa oleh Covid. Namun seperti yang saya sebut, fokus utama kita sekarang adalah untuk memacu pemulihan negara agar rakyat dapat kembali hidup dengan selesa.

“Menjana pekerjaan, membawa pelaburan, membantu perniagaan adalah antara banyak strategi yang telah kita rancang untuk memacu pemulihan ini melalui dua tunggak utama: JaminKerja dan SemarakNiaga dalam Bajet 2022: https://budget.mof.gov.my/manfaat/

“Saya berharap kita dapat terus memberi keutamaan yang paling penting kepada pemulihan ekonomi untuk rakyat. Kita berada di atas landasan yang betul di mana aktiviti ekonomi, baik dari perspektif makro, perniagaaan atau individu sedang beransur pulih dengan pantas berdasarkan indikator-indikator seperti pasaran kerja dan sebagainya.

“Saya yakin kita dapat pulih mengikut perancangan dan menjana ekonomi sekaligus terus membawa keyakinan kepada pelabur untuk terus datang ke Malaysia.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat