Liverpool Tidak Fikir Balas Dendam

- Advertisement -

LONDON: Jurgen Klopp berkata semalam Liverpool tidak memikirkan mengenai dendam ketika mereka berdepan Everton awal pagi esok buat pertama kali sejak Virgil van Dijk mengalami kecederaan lutut serius.

Tonggak pertahanan itu terus diketepikan selepas kecederaan akibat cabaran keras penjaga gol Everton, Jordan Pickford ketika seri 2-2 di Goodison Park pada Oktober.

Kehilangan pertahanan Belanda itu menjadi sebab utama kekecewaan Liverpool mempertahankan gelaran Liga Perdana.

Thiago Alcantara juga diketepikan lebih daripada dua bulan kerana kecederaan lutut selepas kekasaran dilakukan Richarlison pada perlaewanan sama.

Skuad kendalian Klopp kini 16 mata di belakang pendahulu, Manchester City dan hanya sedikit peluang untuk mempertahankan gelaran mereka.

Ramai peminat menyatakan bahawa perlawanan di Goodison Park menjadi permulaan penurunan prestasi Liverpool, jadi bukanlah satu kejutan jika ia boleh menambah derta jiran mereka di Anfield itu.

Klopp mengakui pemainnya mungkin memikirkan mengenai membalas dendam tetapi dia tidak menjangkakan pertembungan tetangga ke-238 akan menjadi lebih tegang berbanding normal.

“Ia perlawanan penting buat kami, itu pasti,” kata Klopp.

“Tapi tiada yang terbawa-bawa hingga esok.”

“Seminggu, dua, tiga minggu kemudian selepas kami membuat imbasan (terhadap Van Dijk) adalah bagus kami tidak menentang Everton sekali lagi.

“Kita semua manusia dan sudah tentu ia tidak bagus tetapi kini ia sudah lama berlalu.” – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat