Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

- Advertisement -

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut satu kenyataan media yabg dikeluarkan semalam.

Majlis perasmian pada Jumaat itu, yang dijalankan secara dalam talian telah disertai hampir 300 pelajar yang menerima bantuan pendidikan melalui Program Tuisyen Road To Success.

Program tuisyen ini dijalankan secara norma baharu (pembelajaran secara online) iaitu pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPdR) bertujuan untuk membantu meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar ini menjawab soalan peperiksaan SPM.

‘Program Tuisyen Road To Success’ yang dikelolakan oleh Kelab Rakan Motivasi (KRM) Kuala Lumpur, merupakan badan yang bertindak bagi melaksanaan inisiatif ini.

Pengerusi YBR, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin dalam ucapannya berkata, beliau berharap program ini dapat memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan terutamanya masyarakat luar bandar dan miskin bandar, tambahan ilmu pengetahuan dan pengetahuan cara untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

“Semoga dengan usaha ini, pelajar-pelajar bagi program ini berjaya mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan SPM Isnin ini,” katanya.

Katanya, ketika negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19, Yayasan Bank Rakyat amat berharap program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Nazir Hussin juga berharap penganjuran program seperti ini dapat memberi inspirasi kepada organisasi-organisasi lain bahawa program bantuan masih boleh juga dilaksanakan walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Bersyarat (PKPB) seperti kelas-kelas tuisyen secara atas talian atau pelbagai lagi bentuk program-program kemasyarakatan.

“YBR akan lebih berusaha dan memperbanyakkan lagi program-program seperti ini yang bukan sahaja dapat membantu pelajar sekolah dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik, malah dapat membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dalam negara supaya selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia walaupun dilakukan secara live di alam maya,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Kelab Rakan motivasi (KRM) Kuala Lumpur, Ahmad Badli Bin Badaruddin dan Ketua Bahagian Operasi Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Untuk makluman, Yayasan Bank Rakyat telah melaksanakan Program Tuition Rakyat ini sejak tahun 2015. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan dikalangan rakyat Malaysia bagi membantu murid-murid dikalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana, mendapat bimbingan kelas tambahan daripada kalangan guru-guru sekolah yang terpilih.

Sehingga tahun 2020, seramai 80,445 orang murid telah memperoleh manfaat melalui program ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.02 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat