PH Hantar Wakil Anggotai Jawatankuasa Khas Darurat – Anwar

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pembangkang akan menghantar tiga nama wakilnya bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas darurat, seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata nama Ahli Parlimen terbabit dijangka dihantar Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata, Saifuddin sudah menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan bagi mendapatkan penjelasan mengenai siapa pengerusi jawatankuasa serta apa tugas ahli sebelum nama wakil pembangkang akan dikemukakan hari ini.

“Kerana ia adalah cadangan dalam titah Tuanku, kita mengambil keputusan untuk memberi kerjasama,” katanya ketika menjawab soalan pada sidang media secara dalam talian, membabitkan isu pengisytiharan darurat, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, Jawatankuasa Khas Bebas darurat tidak sama dengan sidang Parlimen kerana ia tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Beliau berkata, ia hanya dianggotai empat ahli Parlimen kerajaan dan tiga Ahli Parlimen pembangkang.

“Kita sambut dan putuskan untuk menghantar wakil dan jawatankuasa itu adalah jawatankuasa bebas, bukan terdiri daripada kuasa eksekutif.

“Maknanya mereka akan dengar dan memberi pandangan dan pandangan itu lebih menjurus kepada pengisytiharan darurat, bila patut dihentikan dan sebagainya. Itu bukan penyelesaiannya,” katanya.

Sabtu lalu, media melaporkan, Takiyuddin berkata, pihaknya sudah meminta Anwar mengemukakan tiga nama Ahli Parlimen pembangkang untuk menyertai jawatankuasa itu, namun belum lagi menerima senarainya.

Beliau dilaporkan berkata, bekas Ketua Hakim Negara, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) serta bekas Ketua Polis Negara (KPN) adalah antara individu bakal dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong, berkenaan perintah darurat yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Takiyuddin turut dilaporkan berkata, selain mereka, tokoh dalam bidang keselamatan, pertahanan, badan bukan kerajaan (NGO) serta aktivis sosial sudah dinamakan oleh kerajaan untuk diperkenan dan dilantik oleh baginda. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat