Faktor Cuaca Punca Kenaikan Harga Barang Basah – Alexander Nanta

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengakui berlaku peningkatan harga barangan bagi barang basah termasuk sayur-sayuran.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia susulan pemantauan yang dilakukan di peringkat pembekalan barang-barang keperluan di pasaran melalui penguatkuasaan Ops Pasar 2021 (sayur-sayuran) yang telah dijalankan sejak 12 Januari lalu.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati, kenaikan harga barangan keperluan tersebut disebabkan oleh musim tengkujuh yang melanda negeri-negeri Pantai Timur yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.

Katanya, faktor perubahan cuaca yang terlampau sejuk di negeri pengeluar bekalan utama sayur-sayuran seperti di Cameron Highland menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil sayur-sayuran
berkurangan

“Antara barangan yang menunjukkan peningkatan adalah sayur-sayuran seperti tomato dan sawi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alexander bagaimanapun berkata, terdapat barangan yang mengalami penurunan harga dan tiada sebarang perubahan harga.

“Harga bawang yang diimport daripada pelbagai negara pengeluar menunjukkan berlakunya penurunan harga,” katanya.

Beliau berkata, sehingga 18 Januari lalu, sebanyak 258 premis peruncit dan pembekal telah diperiksa yang melibatkan 743 barangan terdiri daripada lima sayur-sayuran utama iaitu tomato, cili merah minyak dan kulai, lobak dan kubis bulat.

“Sebanyak 246 notis bertulis telah dikeluarkan kepada peniaga hasil daripada pemantauan awal tersebut untuk memantau aktiviti kenaikan harga dan mengesan sekiranya wujud elemen pencatutan,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat