PRU15: Prasarana Beri Tambang Percuma LRT, MRT, Monorel dan BRT Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) memberi tambang percuma sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok bagi semua perkhidmatan di bawah kendaliannya.

Melalui kenyataan dikeluarkan hari ini, PRASARANA memaklumkan tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Transit Aliran Bas (BRT) atau bas henti-henti.

“Ini adalah langkah PRASARANA sebagai sebuah syarikat Malaysia memudahkan rakyat keluar mengundi demi menjalankan tanggungjawab dan hak mereka,” katanya.

PRASARANA memaklumkan pengguna My50 boleh menggunakan pas seperti biasa, manakala pengguna kad Touch ‘n Go boleh menggunakan kad tanpa sebarang caj.

Bagi pengguna token pula, mereka perlu ke mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala.

Untuk perkhidmatan Rapid Bus di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan termasuk bas perantara MRT, PRASARANA memaklumkan pengguna tidak perlu menyentuh kad di mesin pengimbas apabila menaiki atau turun daripada bas.

Menurut PRASARANA, tambang percuma itu bagi memudahkan rakyat Malaysia keluar mengundi dengan mudah, tenang dan selamat.

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman media sosial PRASARANA serta laman web https://myrapid.com.my.

Pengguna juga digalak memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini serta bagi merancang perjalanan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat