Tiz Zaqyah bakal rakam lagu sendiri

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Tiz Zaqyah mengakui sudah bersedia bergelar penyanyi dan bersetuju merakamkan single sekiranya menerima tawaran menarik daripada mana-mana pihak.

Ia berikutan respon yang baik daripada peminat terhadap video TikTok nyanyiannya Bukan Aku Tak Cinta yang dimuat naik ke Instagram.

“Alhamdulillah, selama menjadi pelakon, tawaran untuk menyanyi memang tak putus diterima. Namun biarlah ia menerusi lagu asli daripada saya sendiri.

“Saya tak nak menjadi penyanyi yang asyik menyanyikan lagu ‘cover’ orang lain sahaja. Untuk masa sekarang saya sudah pun terima tawaran untuk beberapa kolaborasi,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita berkenaan video Bukan Aku Tak Cinta nyanyian asal kumpulan Iklim, Tiz berkata, ia dirakamkan ketika penggambaran drama Covid Oh Covid.

“Ada babak menyanyi untuk kutipan tabung Covid-19 dalam drama ini. Kumpulan Genji Busker terbabit dalam drama ini.

“Ketika sedang rehat untuk ‘set up’ kamera, saya pun apa lagi terus ‘on’ mikrofon minta lagu dan menyanyi saja.

“Memang geram tengok mikrofon. InsyaAllah, rezeki ada di mana-mana,” katanya yang meminati semua genre lagu.

Tiz kini sibuk dengan penggambaran drama Villa Kristal arahan Kabir Bhatia dan Jason Chong bersama pelakon Mimi Lana, Jasmin Soraya dan Mawar Rashid.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat