YBR peruntuk RM345,000 bantuan pendidikan pelajar IPTA peringkat utara

- Advertisement -

GELUGOR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyediakan peruntukan RM300,000 bagi Bantuan Awal Pengajian kepada pelajar IPTA di bahagian Utara.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Shahrizal Sahri berkata, YBR juga memperuntukan RM45,000 untuk 3 IPTA di kawasan Utara dengan setiap IPTA terpilih menerima RM15,000.

“Program Bantuan Awal Pengajian ini di wujudkan buat keluarga yang kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar, agar bantuan ini dapat memberi peluang kepada pelajar ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sebanyak tiga IPTA yang terlibat iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang melibatkan 300 pelajar dari keluarga B40 yang menerima bantuan ini.

“YBR juga telah memperuntukkan sebanyak RM350,000 setiap tahun di SIR untuk langganan bahan bacaan dan pangkalan data,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu beliau berkata YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat atau dikenali dengan nama SIR Corner turut menyumbangkan set kelengkapan ‘SIR Corner’ ini kepada 3 IPTA.

Projek ini jelasnya merupakan kolaborasi SIR YBR bersama 18 IPT terpilih di seluruh Malaysia.

“Projek Serambi Ilmu Rakyat Corner atau ‘SIR Corner’ ini merupakan projek baru YBR yang menyediakan satu ruangan selesa di ruangan perpustakaan di IPT terpilih yang dilengkapi dengan peralatan komputer bagi memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan bacaan ‘Digital SIR’ yang bersesuai dengan pelajar.

“YBR memperuntukkan sebanyak RM350,000 setiap tahun di SIR untuk langganan bahan bacaan dan pangkalan data,” katanya.

Tambahnya, sebanyak RM100 ribu diperuntukkan kepada pelajar USM dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
serta pelajar sehingga semester ketiga dalam memulakan pengajian di semester yang baru.

“Setiap dari mereka akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi membuat persediaan kemasukan sesi pengajian yang baru sahaja bermula,” katanya.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Shahrizal Sahri hadir mewakili Lembaga Pemegang Amanah YBR dan Menyerahkan Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat kepada pelajar USM.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman.

Replika cek Bantuan Awal Pengajian ini serta upacara gimik penyerahan SIR Corner telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembanguan Pelajar dan Alumni USM), Prof. Dr. Azlinda Azman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat