Muhyiddin didakwa tidak pernah hormat UMNO, PAS- Nur Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa tidak pernah menunjukkan rasa hormat beliau kepada parti serta pemimpin tertinggi UMNO dan Pas sepanjang tempoh dua parti utama itu menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan itu dibangkitkan oleh, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menjelaskan bahawa keadaan itu boleh dibuktikan apabila Muhyiddin tidak pernah memanggil mesyuarat secara rasmi membabitkan pucuk pimpinan utama UMNO dan PAS sepanjang menerajui kerajaan.

“UMNO dan PAS merestui Ahli Parlimen mereka untuk membentuk Kerajaan PN dan menyokong kerjasama itu, namun apa yang Muhyiddin buat dalam tempoh lapan bulan berkuasa ini? Satu mesyuarat rasmi pun tak pernah beliau anjurkan dengan Presiden UMNO dan PAS.

“Muhyiddin mahukan sokongan daripada dua parti besar ini tetapi beliau tak hormat langsung kepada parti dan pemimpinnya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Selain itu, Nur Jazlan berkata, sehingga kini UMNO dan PAS seolah-olah digantung tak bertali dalam skop kerjasama politik ini dan Muhyiddin sering melakukan keputusan mengikut kehendak serta kepentingan sendiri.

Hal demikian, menurut beliau, tidak hairan mengapa UMNO juga sudah hilang kepercayaan dan hormat kepada Muhyiddin dan Bersatu.

“Muhyiddin pandai mengatur permainan politik untuk memastikan survival beliau dan Bersatu terus bernafas biarpun terpaksa ‘memperdayakan’ UMNO dan PAS.”Nasib baik pemimpin UMNO cepat sedar dengan taktik Muhyiddin dan memberi kata dua kepada Ahli Parlimen Pagoh itu,” tegasnya.

Justeru, menurut beliau, Muhyiddin perlu sedar bahawa beliau diangkat menjadi pemimpin besar negara dan akhirnya sebagai Perdana Menteri oleh UMNO, tetapi selama hampir lapan bulan ini tindak tanduk beliau dilihat mahu memecahbelahkan perpaduan dalam UMNO sehingga menimbulkan tindakbalas daripada parti serta ahli UMNO.

“Tindak tanduk beliau dalam PRN Sabah menjadi bukti. Persoalannya adakah UMNO masih boleh mempercayai beliau sebagai rakan kerjasama yang jujur atau tidak?

“Ahli UMNO sudah sedar bahawa ‘Abah Din’ bukan seorang bapa perpaduan tapi adalah seorang individu yang hidup dengan memecahbelahkan orang lain,” katanya.

Sementara itu, Nur Jazlan berkata, biarpun ketika ini Kerajaan PN semakin tersepit setelah diasak oleh Presiden PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan usul undi tidak percaya yang dimulakan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, namun Muhyiddin masih berusaha mencari jalan untuk menyelamatkan pentadbiran beliau menjelang Sidang Dewan Rakyat bulan depan.

 

Malah, beliau percaya Muhyiddin akan cuba mencari jalan untuk menggagalkan usul undi tidak percaya terhadap beliau nanti dan menyelamatkan Kerajaan PN.

“Sebenarnya bila Anwar mendakwa kononnya beliau ada majoriti untuk mengambil alih kerajaan, Muhyiddin jadi gelabah.

“Selepas itu bila UMNO pula mahu menarik balik sokongan terhadap Kerajaan PN dan wujud usul undi tidak percaya, beliau semakin gelisah serta cuba cari jalan lain untuk mempertahankan kerajaan yang rapuh itu.

“Kita tunggu dan lihat apa yang Muhyiddin nak buat lagi lepas ini. Apa yang pasti beliau semakin terdesak,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat