MCMC siasat video pementasan 2018 sentuh institusi Raja, Rukun Negara

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung sebuah video pementasan yang tular di media sosial kerana didakwa mengandungi kandungan menyentuh institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, semakan awal mendapati rakaman berkenaan berasal daripada sebuah pementasan pada 2018 yang kini disebarkan semula di media sosial.

Menurutnya, beberapa akaun media sosial dan individu berkaitan sudah dikenal pasti bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“MCMC turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan, termasuk berkaitan bukti digital,” katanya.

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan mengenai individu yang dikaitkan dengan video tersebut.

MCMC berkata, tindakan itu penting bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan yang sedang berlangsung. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat