Anwar ingatkan PM Thailand tak biarkan perbezaan cetus ketegangan tidak perlu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Perdana Menteri Thailand TYT Anutin Charnvirakul supaya mengekalkan ketenteraman di sempadan Thailand-Kemboja.

Anwar memaklumkan kepada rakan sejawatnya itu agar tidak membiarkan sebarang perbezaan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu.

“Saya telah bercakap dengan sahabat saya, Perdana Menteri Thailand TYT Anutin Charnvirakul, untuk melakukan kunjungan ke Malaysia selepas beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand. Kunjungan itu antaranya bagi mempererat hubungan baik kedua-dua negara berjiran.

“Kami membincangkan mengenai perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja.

“Saya menekankan penting bagi semua pihak mengekalkan ketenteraman dan tidak membiarkan sebarang perbezaan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu.

“Saya menyeru agar segala isu yang timbul dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC),” kata Anwar.

Tegas beliau, Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat