PRU-15: PM jangan ikut gesaan Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tokoh Wartawan, Datuk A Kadir Jasin meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri agar tidak mengikut gesaan Presiden UMNO untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin.

Kadir berkata, beliau mengingatkan Ismail tentang kekalahan kerajaan pada era Datuk Seri Najib Razak semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Katanya, sebelum PRU 2018 diadakan, negara dilanda banjir terburuk dalam sejarah apabila lebih 300,000 orang dipindahkan.

Sehubungan itu, katanya, sebagai perdana menteri, Ismail yang perlu menanggung tanggungjawab sekiranya bencana berlaku dan bukannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita harap Ismail Sabri tidaklah gung-ho (keterlaluan) macam Ahmad Zahid dan konco-konco dia yang mahu pilihan raya cepat semata-mata kerana nak selamat.

“Dia perdana menteri, dia tak ada kes prima facie dan dia bertanggungjawab kepada negara dan rakyat jelata. Kalau rakyat menderita atau terkorban kerana banjir sebab kerajaan sibuk dengan pilihan raya, bukan Ahmad Zahid yang tanggung tapi dia.

“Jangan lupa penangan banjir 2014/15 terhadap Najib dalam PRU lalu. Dengan adanya media sosial, orang ramai tak mudah lupa,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, semalam.

PRU-14 pada 2018 menyaksikan UMNO dan BN tumbang di tangan Pakatan Harapan (PH).

Empat tahun sebelum itu, Malaysia mengalami kejadian banjr terburuk dalam sejarah apabila lebih 300,000 orang dipindahkan.

Semalam, ketika pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda BN, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menyatakan kesediaan untuk meredah banjir sekiranya PRU-15 diadakan tahun ini.

Justeru, Kadir berkata, Ahmad Zahid bukan perdana menteri sebaliknya hanya seorang ‘tertuduh di yang memiliki prima facie’ di mahkamah.

“Tetapi tentulah dia bercita-cita jadi perdana menteri selepas pilihan raya ini. Cuma kuasa cadang bubar parlimen di tangan Ismail Sabri. Sebab itu Ahmad Zahid asak dia bertubi-tubi.

“Kita, rakyat jelata pun hendak pilihan raya juga. Tapi tidaklah sampai menyabung nyawa meredah banjir.

“Kita mahu pilihan raya sebab kita hendak pilih kerajaan yang sah macam dalam PRU Ke-14 lalu.

“Cukuplah dua kerajaan dan dua perdana menteri yang masuk tak ikut pintu belakang. Tapi janganlah buat pilihan raya walaupun tahu ribut, taufan dan banjir besar akan melanda,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat