Kestabilan, Keharmonian Penting Untuk Menggerakkan Ekonomi Malaysia – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menekankan betapa pentingnya kestabilan dan keharmonian dalam negara dicapai demi kebaikan bersama warganya.

“Kestabilan politik, keharmonian kaum dan agama sangat penting dalam negara majmuk seperti Malaysia untuk menggerakkan ekonomi negara melangkah ke hadapan.

“Kerencaman identiti dan budaya yang ada dalam kalangan kita sewajarnya merapatkan hubungan antara kaum supaya kita boleh mempelajari falsafah setiap budaya yang berbeza ini.

“Impian saya adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, harmoni dan hidup sebagai sebuah keluarga,” katanya, ketika berucap di Majlis Penutup Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-37 Tahun 2022 di Dewan Serbaguna Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban, negeri Sembilan, sebentar tadi.

Menurut Perdana Menteri, Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan beliau membawa nilai-nilai yang berteraskan; Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, agar semua dapat terus mengamalkan sikap hormat-menghormati, dan menghayati keistimewaan budaya masing-masing.

“Konsep ini telah disebarkan ke seluruh negeri melalui Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia serta pelbagai program yang diadakan di peringkat kementerian serta jabatan, malah ia turut disambut oleh pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat.

“Natijahnya, saya melihat insiden-insiden provokasi perkauman dan agama semakin reda,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai kestabilan politik, Perdana menteri menyifatkan Memorandum
Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai sebelum ini sebagai satu sejarah baharu bagi negara.

“Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, saya menyahut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengembalikan kestabilan politik negara, selepas kita melalui satu detik yang mencabar apabila terdapat 3 Perdana Menteri dalam tempoh 3 tahun setengah.

“Tidak sampai sebulan saya menjadi Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan telah berjaya berunding dengan pihak pembangkang untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

“Saya sifatkan kerjasama dwi-partisan ini merupakan satu lakaran sejarah baharu dalam lanskap politik negara serta dapat menyumbang kepada kematangan politik dan menumpukan kepada pemulihan ekonomi negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat