Jika Rakyat Malas Mengundi, Kerosakan Negara Berterusan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya ramai akyat memilih untuk tidak mengundi maka kesannya parti yang menyogok akan menang dan membentuk kerajaan seterusnya kerosakan negara berterusan.

Hal demikian menurut Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad, jika negara ingin mengelakkan memberi kemenangan kepada Umno, pengundi perlu ada pilihan selain daripada parti yang ada.

“Rakyat Malaysia dikatakan bosan dengan politik. Ramai mereka tidak berminat untuk mengundi. Yang malang ialah apabila mereka tidak mengundi, yang akan mengundi ialah mereka yang disogok oleh perasuah. Kesannya ialah parti perasuah yang akan menang. Parti perasuahlah yang akan bentuk kerajaan dan kerosakan negara akan berterusan.

“Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor hampir 50 peratus pengundi tidak mengundi. Dengan itu parti Barisan Nasional (BN) dengan sokongan hanya 35 peratus daripada pengundi menang besar dan dirikan kerajaan.

“Masalahnya pengundi yang menolak sogokan tidak ada pilihan. Mereka juga tidak suka parti-parti lain yang bertanding.Jika negara ingin elak daripada memberi kemenangan kepada Umno, pengundi perlu ada pilihan selain daripada parti yang ada,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Justeru Dr Mahathir mengingatkan hari ini GTA telah ditubuhkan untuk pengundi, terutama Melayu, memilih selain daripada Umno.

“GTA adalah parti Melayu yang terdiri daripada ahli politik yang bersih jenayah. Pemimpin mereka tidak pernah didakwa di hadapan mahkamah, jauh sekali dari di penjara.

“GTA juga mempunyai ramai pemimpin yang berpengalaman. Hasrat GTA ialah untuk mendirikan kerajaan yang hormati undang-undang (Rule of Law) dan Perlembagaan negara. Mereka utamakan kepentingan bangsa, negara dan agama,” jelas beliau.

Walaupun keahlian GTA terhad kepada orang Melayu, Mahathir berjanji parti itu akan berlaku adil kepada kaum-kaum lain.

Menurut beliau kerajaan yang akan GTA dirikan akan mencermin masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia.

“Jelaslah dengan GTA bertanding rakyat yang bosan dengan politik, dan ketidakstabilan negara sejak Langkah Sheraton, akan dapat memilih kerajaan parti Melayu selain dari parti Umno.

“Sama-samalah kita pulih negara dan bangsa dari kerosakan kleptokrat,” serunya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat