Muda jamin tak rebut kerusi lagi dengan PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berikrar tidak akan merebut kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya memberi jaminan hanya akan tanding kerusi parti lawan.

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz berkata, jika partinya diterima menyertai komponen PH mereka akan sasarkan kerusi Umno-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yakni Bersatu dan PAS sahaja.

“Apabila Muda umumkan niat untuk penyertaan sebagai parti komponen PH minggu lepas, saya juga tekankan dua perkara utama

“Pertama – kerusi yang Muda sasarkan bagi PRU-15 adalah kerusi Umno-BN dan PN (Bersatu dan PAS).

“Kedua – misi utama Muda bagi PRU-15 adalah memastikan kemenangan untuk rakyat dan blok pembangkang,” jelasnya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan PH akan memastikan tidak berlaku pertembungan kerusi dengan Muda pada PRU-15 seperti yang terjadi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Justeru, Amira Aisya yang juga ADUN Puteri Wangsa menyatakan Muda berhasrat untuk memastikan pembangkang bergerak seiring.

“Rundingan kerusi, strategi pilihan raya, komunikasi antara parti sudah tentu akan berjalan dengan lebih baik jika berada dalam satu gabungan yang sama,” ujarnya menjelaskan tujuan menyertai PH.

Amira Aisya berkata, beliau menyambut baik ketekunan Timbalan Presiden PKR, Rafizi kepada perbincangan Muda ke dalam PH.

Beliau malah memberitahu ahli Muda supaya memberi ruang yang cukup kepada PH untuk menimbang penyertaan Muda.

“Saya juga berpesan kepada orang ramai termasuk ahli parti – bahawa kita harus beri ruang yang cukup kepada pimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk berbincang.

“Ini bukan hal yang kecil dan remeh.

“Kita harus hormat ruang dan masa kepada rakan-rakan untuk adakan perbincangan rasmi kerana paling penting, kita mahu rakyat dapat manfaat dari hubungan politik antara parti ini,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat