K-Clique, Tuju berselisih faham?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan hip hop sensasi, K-Clique menafikan timbul salah faham apabila salah seorang anggotanya, Tuju tiada dalam Konsert Havoc Midnight di Dataran Karnival Shah Alam, baru-baru ini.

Anggota K-Clique, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin berkata, Tuju mempunyai komitmen bersama keluarga yang tidak dapat dielakkan.

“Tuju terikat dengan program lain, jadi tidak dapat bersama dalam konsert kali ini. Lagipun, Tuju sentiasa sibuk, apatah lagi, sudah berkeluarga.

“Dia juga lebih fokus kepada keluarga. Seperti anggota lain, kami masih muda. Jadi, kami kena faham Tuju memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.

“K-Clique tak kisah memberinya ruang untuk fokus kepada keluarga,” katanya kepada BH Online.

Tambah MK, K-Clique bukanlah satu status atau label, sebaliknya dalam diri masing-masing sudah tertanam nama K-Clique.

Justeru, katanya persoalan Tuju masih anggota K-Clique bukanlah perkara yang perlu digembar-gemburkan.

“Kalau ada bertanya adakah kami masih anggota K-Clique. Itu persoalan silap kerana K-Clique memang ada dalam diri kami.

“Jadi, untuk kami jawab mengenai Tuju, jujurnya lapan anggota K-Clique mempunyai cerita masing-masing. Jadi, kami rasa soal Tuju dan keluarganya, itu hak privasi.

“Jadi, apa sekalipun kena tanya empunya diri,” katanya.

 

K-Clique mencipta rekod sebagai penyanyi rap dengan jumlah ahli paling ramai di Malaysia iaitu sebanyak lapan orang. - Foto IG K-Clique
K-Clique mencipta rekod sebagai penyanyi rap dengan jumlah ahli paling ramai di Malaysia iaitu sebanyak lapan orang. – Foto IG K-Clique

 

Dalam masa sama, MK menolak dakwaan sukar menguruskan anggota K-Clique.

Baginya, K-Clique seperti satu keluarga, jadi cara mengendalikannya lebih kepada menjaga keluarga.

“Tidak susah pun, malah perkara menyeronokkan. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, tiada ceritalah antara kami.

“Jadi, kami berseronok sahaja dengan apapun cerita,” katanya.

Tambah MK, mereka bertahan sehingga hari ini disebabkan persefahaman dan keunikan setiap anggota.

“Kami berasal dari latar belakang hampir sama. Disebabkan itu, kami faham kesusahan dilalui masing-masing.

“Kami juga faham kemampuan dan keupayaan masing-masing. K-Clique adalah kumpulan unik, kami mempunyai lapan anggota yang mempunyai karakter berbeza, gaya dan ketrampilan tersendiri.

“Dari segi penyampaian pun semuanya ada kelainan. Jadi, K-Clique kekal bersahabat disebabkan kami adalah kami.

“Apa pun, kami sentiasa berpijak pada dunia nyata disebabkan sokongan peminat. Kami hargai momentum dan tenaga yang diberikan mereka,” katanya.

Malah, kumpulan yang popular menerusi lagu Mimpi dan Pulang itu juga disifatkan seperti The Avengers, masing-masing mempunyai kekuatan dan tetap bersama menempuhi halangan.

Selain MK dan Tuju, K-Clique turut dianggotai Noki, Somean, KDeaf,  FareedPF, Gnello dan NastyNas yang semua kelahiran Kota Kinabalu, Sabah.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat