Semakin Ramai Ahli Parlimen Lompat Mahu Sertai MN

UMNO Tolak Tawaran Bersatu Untuk KM Sabah – Annuar Musa

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan UMNO telah melakukan kesilapan terbesar dalam Pilihan Raya Negeri Sabah apabila menolak tawaran Parti Pribumi...

Adun Positif Covid-19 Sehari Selepas Ujian Awal Dimaklumkan Negatif

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amirudin Yusof yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) sedang menerima rawatan di Hospital Melaka. Beliau mengesahkan...

Cegah Penularan Covid-19, UMNO Tangguh Mesyuarat Perwakilan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara yang dijadualkan pada 27 September lalu hingga 15 November ini ditangguhkan berkuatkuasa serta merta. Setiausaha...

260 Kes Covid-19 Hari Ini, Dr Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 hari ini. “Sekiranya anda...

Amazfit Neo, Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Retro Beserta Fungsi Kecergasan

Sebut mengenai jenama Xiaomi, pasti ramai yang cukup tahu dimana jenama ini cukup terkenal dengan memperkenalkan dan menawarkan produk dengan harga mampu milik serta...

 

Oleh: Isham Jalil

Hari ini ada ura-ura bahawa beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) akan menyertai Muafakat Nasional (MN).

Parti Bersatu (PPBM) juga telah membuat keputusan untuk menyertai MN minggu lepas.

Seorang menteri Bersatu berkata bahawa ada kemungkinan yang parti Pejuang juga lambat laun akan menyertai Muafakat Nasional.

Ramai ahli-ahli Parlimen yang dahulunya menang dalam pilihanraya umum ke-14 di atas platform PH kini berpusu-pusu ingin menyertai MN sebelum PRU-15.

Ini sudah dijangka.

Ini kerana mereka tahu peluang mereka untuk menang pilihanraya sekali lagi di kerusi mereka kali ini adalah gelap dan malap jika mereka kekal, kembali bersama PH, atau bertanding bersendirian.

Mereka tahu hakikat yang orang-orang Melayu tidak lagi menyokong mereka.

Ini terbukti dengan kekalahan teruk mereka dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini terutama di kawasan-kawasan Melayu.

Bagi ahli-ahli parlimen ini, kebanyakan dari mereka menang dalam PRU-14 yang lepas kerana perpecahan undi antara UMNO dan PAS.

Tetapi kini dengan penyatuan UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional, ahli-ahli Parlimen PPBM, PKR dan PAN ini besar kemungkinan akan kalah teruk dalam PRU-15 jika mereka bertanding menentang MN.

Dan sebelum ini walaupun rata-rata orang-orang Melayu tidak mengundi mereka, mereka telah menang dalam PRU-14 kerana undi Cina.

Berpuluh-ribu ribu atau secara purata 95% daripada pengundi Cina telah mengundi di setiap kawasan mereka yang telah menyumbang kepada kemenangan kerusi mereka dalam PRU-14.

Namun kini pengundi-pengundi Cina juga tentunya tidak akan mengundi mereka lagi terutama kepada ahli-ahli Parlimen Bersatu dan bekas ahli-ahli Parlimen PKR bersama Azmin.

Kerana bagi pengundi-pengundi Cina ini, ahli-ahli Parlimen inilah yang telah mengkhianati dan menjatuhkan kerajaan PH yang mereka undi dulu.

Ahli-ahli Parlimen ini sedar bahawa untuk bertanding dan menang pilihanraya semula kali ini, mereka tidak ada banyak pilihan lain selain menyertai Muafakat Nasional.

Pepatah Inggeris menyebut, “If you can’t beat them, join them.” (jika anda tidak boleh mengalahkan mereka, sertai mereka).

Oleh itu, untuk kekal memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen pada dan selepas PRU-15 akan datang, ahli-ahli Parlimen ini kini terpaksa cuba mengambil kesempatan bertanding dan menang di atas platform Muafakat Nasional pula.

Mereka tahu kini mereka perlu menggunakan jentera, ahli, penyokong dan pengundi-pengundi UMNO dan PAS untuk bertanding, menang dan mengekalkan kerusi-kerusi mereka.

Namun jika mereka berjaya mengekalkan kerusi mereka melalui jalan ini, belum tentu mereka akan kekal dalam Muafakat Nasional selepas PRU-15.

Ini kerana di antara mereka mempunyai kecenderungan, sikap dan sejarah melompat parti untuk kepentingan diri sebelum ini.

Penyatuan Melayu hanyalah alasan bagi mereka untuk mencapai tujuan di atas.

Jika mereka betul-betul kisah tentang penyatuan Melayu, sudah lama sepatutnya mereka menyertai MN, bukan setelah melihat parti mereka kalah beberapa kali dalam pilihanraya kecil dan setelah menyedari kedudukan kerusi mereka tergugat.

Dan jika mereka ikhlas untuk menyatukan orang-orang Melayu, mereka sepatutnya membubarkan parti mereka dan kembali menyertai UMNO atau PAS.

Ini lebih baik memandangkan penyatuan Melayu tidak akan kukuh dengan adanya banyak parti Melayu.

Dan jika mereka ikhlas untuk menyatukan orang-orang Melayu, mereka boleh masuk MN namun tanpa meletakkan syarat untuk bertanding pilihanraya di atas platform MN.

Sebab jika mereka memaksa untuk menyertai MN untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang di kerusi sedia ada lantas memaksa UMNO dan PAS untuk berundur dan tidak meletakkan calon bagi memberi laluan kepada mereka, maka kerusi-kerusi yang sebenarnya boleh dimenangi oleh UMNO atau PAS dengan kerjasama sebelum ini kini akan berhadapan dengan risiko kekalahan kerana penolakan akar umbi terhadap calon yang melompat ini.

Jika ini berlaku, Muafakat Nasional akan rugi dan peluang kita untuk membentuk kerajaan akan disia-siakan.

Kita perlu bijak dalam menangani dinamik politik ini dan perlu mendengar denyut nadi dan saranan akar umbi.

Nota: Penulis merupakan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor dan pandangan beliau tidak semestinya mencerminka pendirian rasmi SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Adun Positif Covid-19 Sehari Selepas Ujian Awal Dimaklumkan Negatif

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amirudin Yusof yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) sedang menerima rawatan di Hospital Melaka. Beliau mengesahkan...

Cegah Penularan Covid-19, UMNO Tangguh Mesyuarat Perwakilan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara yang dijadualkan pada 27 September lalu hingga 15 November ini ditangguhkan berkuatkuasa serta merta. Setiausaha...

260 Kes Covid-19 Hari Ini, Dr Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 hari ini. “Sekiranya anda...