Akar Umbi UMNO Benci Ahli Parlimen Lompat Parti

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

Kuala Lumpur – Penganalisis memberi amaran kepada UMNO bahawa akar umbinya akan menentang kuat penyertaan PPBM ke dalam Muafakat Nasional (MN).

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia dan James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania meramalkan pertembungan apabila pilihan raya umum dipanggil.

Rundingan kerusi akan meruncingkan ketegangan antara UMNO dan parti serpihannya, kata mereka kepada portal FMT.

Azmi berkata kedua-dua parti berebut sokongan demografi yang sama dan perlu ada banyak tolak ansur dalam MN sekiranya PPBM menyertainya.

“Saya fikir kepimpinan masing-masing boleh selesaikannya, tetapi saya tak pasti tentang akar umbi,” tambahnya.

Untuk meyakinkan akar umbi terima penyertaan PPBM, katanya, pemimpin UMNO mesti membuktikan dominasinya.

Beliau berkata cara paling mudah adalah memastikan rundingan kerusi berakhir dengan UMNO bertanding semua kerusi yang kini diduduki bekas ahli yang meninggalkannya.

“Pada saya, amat susah untuk bekas ahli Parlimen UMNO mempertahankan kerusi mereka atas tiket PPBM.”

“Mereka amat benci ahli Parlimen yang meninggalkan UMNO,” kata Azmi.

Beliau bagaimanapun merasakan Hamzah Zainuddin (Parlimen Larut), Mustapa Mohamed (Jeli), dan Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) ada peluang menang pada pilihan raya umum nanti.

“Tetapi ada beberapa ahli Parlimen bekas UMNO yang tidak perlu,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, memaklumkan beliau terima banyak maklum balas daripada akar umbi yang tidak bersetuju dengan idea menerima PPBM ke dalam MN.

Presiden Zahid Hamidi kemudian menulis di Twitter bahawa pandangan akar umbi akan diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.

Chin berkata keadaan paling ideal yang akar umbi UMNO mahu adalah PPBM dibubarkan dan ahlinya kembali kepada UMNO.

Beliau berkata akar umbi tiada upaya tetapi mengakui perasaan hina terhadap PPBM cukup kuat untuk menimbulkan konflik terbuka semasa rundingan kerusi nanti.

“Ketegangan sebenar apapbila pilihan raya umum dipanggil dan mereka terpaksa berunding kerusi.”

“Sekarang baru tinju bayang,” katanya.

Chin tidak percaya UMNO akan dapat bertanding di semua kerusi yang ditandinginya pada 2018 memandangkan prinsip dalam rundingan kerusi membenarkan penyandang mempertahankan kerusinya.

Beliau juga tidak percaya PPBM akan dapat bertanding lebih daripada 50 kerusi.

Beliau meramalkan UMNO dan PAS akan bertanding kebanyakan kerusi majoriti Melayu.

“PPBM akan beberapa kerusi Melayu. Barangkali ia akan bertembung dengan PKR di kerusi campuran.”

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa baru-baru ini berkata MN secara prinsip bersetuju dengan hasrat PPBM untuk menyertai pakatan itu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...