SPRM Tahan Pengarah Syarikat Berkaitan Tuntutan Palsu Dana PenjanaKerjaya

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) melibatkan nilai keseluruhan dianggarkan RM100 juta.

Menurut sumber, seorang daripada suspek yang berusia 46 tahun dan merupakan pengarah di sebuah syarikat ditahan reman selama empat hari sehingga 22 Julai ini selepas Majistret Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

“Di Pahang pula, dua lagi suspek yang merupakan pengurus syarikat direman lima hari sehingga 23 Julai ini selepas Majistret Nor Izzati Zakaria membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang hari ini.

“Pengarah syarikat berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 8.30 malam semalam kerana dipercayai mengemukakan Borang Pengesahan Pekerja secara online yang mengandungi butir matan palsu berjumlah melebihi RM1 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya hari ini.

Beliau berkata, permohonan tersebut dikemukakan bagi memperolehi peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk melaksanakan Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan sedangkan program itu tidak dilaksanakan sepenuhnya.

“Dua lagi suspek yang masing-masing berusia 46 dan 35 tahun pula ditahan di Pejabat SPRM Pahang kira-kira pukul 4.30 petang semalam kerana dipercayai terlibat mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso bagi tujuan sama melibatkan nilai melebihi RM600,000,” jelas beliau.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Operasi dan siasatan masih diteruskan serta kita tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan lagi akan dibuat oleh SPRM dalam masa terdekat,” tegas beliau. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat