19 Ditahan, Polis Tumpaskan Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

- Advertisement -

KOTA TINGGI – Kegiatan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang menjadikan kawasan tersorok sebagai markas terbongkar selepas diserbu polis Johor di Jeti Sungai Tiram, di sini Ahad lalu.

Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, seramai 19 ahli sindiket diberkas ketika mereka sibuk memindahkan minyak diesel dari lori ke kapal tangki yang bersauh di jeti berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, individu yang diberkas terdiri daripada 11 warga tempatan serta lapan warga asing berusia 26 hingga 58 tahun.

Menurut beliau, sindiket itu baru sebulan beroperasi dengan menjadikan lokasi tersorok, berpagar serta berhampiran laut atau sungai sebagai tempat transit penyeludupan minyak diesel bersubsidi sebelum dipindahkan ke perairan antarabangsa.

“Dalam serbuan ini, pihak kita merampas tiga buah lori tangki berisi 122,000 liter diesel, sebuah kapal tangki, hos pam minyak serta lain-lain peralatan.

“Nilai diesel yang dirampas RM390,400 dan nilai rampasan keseluruhan termasuk kapal tangki adalah RM10.7 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Jeti Sungai Tiram, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, hasil maklumat awal, minyak tersebut dibeli dari stesen-stesen minyak dari seluruh negara pada harga RM2.50 satu litar dan dijual semula RM3.50 seliter.

Semakan rekod mendapati enam daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala lapan lelaki asing tidak mempunyai dokumen perjalanan.- Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat