Mangsa Banjir Kajang Dibenar Pulang Ke Rumah

Loji Rawatan Air Pertama Di Malaysia Terima Pensijilan HACCP -Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Semanggar dan Loji Rawatan Air Sri Gading, di Johor telah menerima pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Menurut...

Berita Palsu, Tiada Kawalan Rentas Negeri Di Melaka

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri Melaka, menafikan berita yang disebarkan melalui media sosial yang mendakwa seluruh negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah...

Memahami Kesukaran Zahid

ADA yang menyifatkan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi cuba bermain politik di tengah-tengah kegawatan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang lanjutan keputusan...

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...

Pertemuan 6 Mata Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

CYBERJAYA - Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional - UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang...

Kajang- Semua 20 mangsa banjir Taman Muhibbah dan Taman Sri Jambu, Kajang yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) kini sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, tengah hari tadi.

Sebelum ini, kesemua mangsa terpaksa dipindahkan ke dua PPS berbeza di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Sungai Chua dan Dewan Orang Ramai Taman Mesra berikutan kediaman mereka dinaiki air sehingga ketinggian kira-kira satu meter akibat hujan lebat di kawasan berkenaan semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Kamarul Izlan Sulaiman berkata, pihaknya memberi fokus bantuan kepada penduduk di dua kawasan perumahan yang terjejas teruk itu.

“Dianggarkan antara 150 hingga 200 rumah di dua kawasan terbabit terjejas akibat banjir berkenaan yang mencecah hampir paras dada (lebih satu meter).

“Berikutan itu seramai 28 anggota MPKj menggunakan empat bot termasuk sebuah bot daripada pihak bomba untuk membawa keluar penduduk yang terperangkap.

“Mereka dibawa ke Dewan Orang Ramai Kampung Baru Sungai Chua dan Dewan Orang Ramai Taman Mesra yang dijadikan sebagai PPS sejak jam 9 malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Izlan berkata, hanya kira-kira 20 penduduk di dua kawasan terbabit yang memilih untuk tinggal di dua PPS terbabit, manakala selebihnya menumpang di rumah saudara mara atau kenalan tidak jauh dari situ sementara air surut.

Bagaimanapun, Izlan berkata kedua-dua PPS berkenaan kini sudah ditutup sepenuhnya berikutan kesemua mangsa banjir sudah kembali ke rumah masing-masing pada jam 12 tengahari tadi.

Berikutan itu MPKj dan syarikat kontraktor pembersihan mengerahkan pekerja untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat dengan membantu penduduk membersihkan kediaman, kemudahan awam dan jalan raya di sekitar kawasan Pekan Kajang.

“MPKJ juga turut bekerjasama dengan syarikat pengurusan sisa pepejal untuk penyediaan lori bagi membolehkan penduduk membuang barang yang rosak.

“Kami menjangkakan kerja pembersihan dilakukan oleh penduduk di kawasan terjejas akan mengambil masa selama dua hari,” katanya.

Dalam pada itu, Izlan berkata MPKj sentiasa bersedia terhadap kemungkinan berlaku semula banjir di kawasan terbabit memandangkan ketika ini sedang musim hujan.

MPKj juga ada bilik gerakan yang beroperasi 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan ini di talian 1800886755 untuk tindakan lanjut.

kredit foto: Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Loji Rawatan Air Pertama Di Malaysia Terima Pensijilan HACCP -Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Semanggar dan Loji Rawatan Air Sri Gading, di Johor telah menerima pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Menurut...

Berita Palsu, Tiada Kawalan Rentas Negeri Di Melaka

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri Melaka, menafikan berita yang disebarkan melalui media sosial yang mendakwa seluruh negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah...

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...