219 Mangsa Banjir Di Selangor Ditempatkan Di Empat Pusat Pemindahan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sejumlah 292 mangsa banjir daripada 73 keluarga kini berada di 6 pusat pemindahan di 3 negeri sehingga jam 4 petang ini, menurut laporan terkini situasi banjir dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurut laporan itu, Selangor membuka 4 pusat pemindahan bagi menempatkan mangsa banjir hari ini, manakala Melaka dan Perak masing-masing membuka 1 pusat pemindahan.

“Keempat-empat pusat pemindahan banjir di Selangor ialah di daerah Sepang dengan jumlah keseluruhan 219 mangsa daripada 55 keluarga ditempatkan,” katanya.

Laporan itu menyebut 4 pusat pemindahan banjir di Sepang ialah di Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dan Sekolah Rendah Agama Dengkil.

Pusat pemindahan banjir di Melaka pula ialah di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Jasin yang dibuka pada 14 Julai lalu dan kini menempatkan 29 orang daripada 7 keluarga, manakala di Perak, pusat pemindahan banjir ialah di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang dibuka sejak 17 Julai dan kini menempatkan 44 orang daripada 11 keluarga.

Menurut laporan itu, pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat di Muar, Johor yang dibuka pada 13 Julai lalu ditutup hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat