15 Jangkitan Baru Covid-19, Satu Kematian Hari Ini – KKM

- Advertisement -

Selepas lapan hari tiada mangsa dilaporkan maut, hari ini negara mencatatkan satu kematian akibat jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan pertambahan satu kes kematian menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 123 kes setakat hari ini.

Katanya, kes kematian ke-123 (kes ke 8,770) membabitkan seorang lelaki warga negara Malaysia berusia 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi kronik dan strok.

“Beliau penghuni di pusat jagaan warga emas dan mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 Julai 2020.

“Beliau dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 17 Julai 2020 dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan dan disahkan positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, beliau disahkan meninggal dunia pada jam 12.51 malam kelmarin.

Sementara itu, beliau berkata, setakat 12 tengah hari ini, terdapat 15 kes baharu dilaporkan menjadikan 8,779 jumlah keseluruhan kes.

“Ini bermakna jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 103 kes. Mereka sudah diasingkan dan diberikan rawatan.

“Daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan dua warga negara Malaysia dan dua bukan warga negara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja (satu kes) dan pasangan kepada rakyat Malaysia (satu kes) iaitu dari United Kingdom (dua kes), India (satu kes) dan Libya (satu kes),” katanya.

Menurutnya, daripada 11 kes penularan di dalam negara, lapan kes adalah dalam kalangan warga negara Malaysia dan tiga kes adalah dalam kalangan bukan warga negara Malaysia.

“Jumlah yang pulih dan discaj hari ini pula sebanyak tujuh kes dengan jumlah kumulatif 8,553.

“Kini ada dua individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat