Songlap RM24.2 juta wang dari akaun simpanan, lapan individu termasuk pegawai bank direman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai lapan individu termasuk pegawai bank direman polis bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari akaun simpanan tetap melibatkan kerugian RM24.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan itu dibuat bermula 13 hingga 17 Jun lalu di Sabah dan Perlis.

“Seramai lima lelaki dan tiga wanita tempatan berusia 26 hingga 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Tujuh suspek ditahan di Sabah dan seorang di Perlis manakala empat daripadanya adalah kakitangan bank berkaitan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu lapor Kosmo!

Kata Ramli, kesemua suspek direman sehingga 21 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, akhbar itu melaporkan seorang kakitangan bank iaitu wanita berusia 38 tahun ditahan di Kota Kinabalu, Sabah minggu lalu bagi membantu siasatan.

Ramli berkata, siasatan mendedahkan terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang berkaitan.

Kelmarin, polis turut memberkas seramai lima individu termasuk dua pegawai bank selepas disyaki bersubahat dengan sindiket terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat