DOF siasat secara holistik terhadap kakitangan terbabit salah laku integriti

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang salah laku berkaitan integriti membabitkan 16 kakitangannya, susulan laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tahun ini.

DOF menerusi kenyataannya pada Jumaat lalu berkata, tindakan tegas dan hukuman setimpal juga akan dikenakan terhadap mana-mana kakitangan DOF yang didapati melanggar etika dan peraturan jabatan.

“DOF memberi jaminan setiap kes disiasat secara holistik, telus, adil serta melalui prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi memastikan tiada pihak teraniaya,” katanya lagi.

Khamis lalu, akhbar melaporkan Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr Ismail Bakar, berkata, sebanyak 176 aduan diterima melibatkan Jabatan Imigresen (JIM) adalah sebanyak 38 kes.

Selain itu, diikuti oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ – 21 ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM – 18), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM – 16), DOF (16), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN – 13) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN – 13).

Ismail berkata, tindakan diambil antaranya menjalankan siasatan penuh sama ada kes berlaku atau tidak dan meminta agensi mengenal pasti kes dan pegawai diberi amaran, dibuang kerja, diturunkan pangkat serta sekatan kenaikan gaji.

“DOF memandang serius dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak EAIC serta meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi mengelakkan sebarang salah laku di masa hadapan, ”menurut kenyataan itu lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat