Saintis Temui Lohong Hitam Didakwa Boleh ‘Telan’ Bumi

- Advertisement -

CANBERRA – Sekumpulan saintis mendakwa bahawa mereka telah menemui sebuah lohong hitam yang amat besar sehingga boleh memuatkan seluruh sistem suria serta ‘menelan’ Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lebih membimbangkan apabila lohong hitam itu cukup besar untuk menelan Bumi, demikian menurut pakar dari Universiti Kebangsaan Australia.

Ketua penyelidik, Dr. Christopher Onken berkata, penemuan itu dianggap sebagai sesuatu yang amat besar, sukar ditemui dan tidak dijangka.

“Ahli-ahli astronomi telah memburu objek sedemikian selama lebih 50 tahun. Mereka telah menemui beribu-ribu objek yang samar-samar, namun objek terang ini ditemui tanpa disedari,” tambah Onken.

Laman Space.com melaporkan bahawa lohong hitam itu adalah bersaiz 500 kali ganda lebih besar berbanding lohong hitam yang terletak di tengah-tengah Bima Sakti. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat