SPRM Tahan Penganggur Berkaitan Tabung Bencana Covid-19

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penganggur kerana dipercayai meminta dan menerima wang berkaitan sumbangan Tabung Bencana Covid-19.

Menurut sumber, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di Bukit Kempas kira-kira 5 petang semalam bagi membantu siasatan sedang dijalankan.

Hasil siasatan mendapati suspek meminta dan menerima wang berjumlah RM350 berkaitan sumbangan Tabung Bencana Covid-19, yang mana jika sumbangan tidak diberikan, suspek akan membawa pegawai daripada Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen untuk membuat operasi di kedai peniaga yang mempunyai pekerja warga asing.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga 5 kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat