KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas Selangor Mohamed Sukri Omar mengulang peringatan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menujukan titah khusus kepada Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Selangor Ronnie Liu Tian Khiew.
“Wong Siew Ki dan Ronnie Liu jangan lupa titah Tuanku Sultan Selangor pergi Dataran Selangor seminggu sekali untuk lebih faham Rukun Negara,” bidas Sukri.
Sebelum itu, Sultan Selangor menyarankan agar Siew Ki dan Ronnie Liu supaya datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk fahamkan dan hayati makna Rukun Negara, agar menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada kedaulatan Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.
Sementara itu Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi menegaskan, itu adalah teguran direct (langsung) oleh Tuanku Sultan Selangor kepada YB DAP.
“Wahai rakyat. Lihatlah bagaimana DAP mempermainkan Titah Tuanku sehingga Tuanku terasa hati dan sebut nama YB berkenaan secara langsung dalam Titah Baginda.
“Adakah YB DAP itu akan ditangkap oleh polis pada jam 3 pagi? Adakah YB DAP itu akan didakwa di mahkamah?
Adakah YB DAP itu akan memohon maaf kepada Tuanku?
“Jika YB DAP ini terus angkuh dan ingkar Titah Tuanku, tidak lagi patuh kepada Rukun Negara, layakkah DAP terus diberi kuasa mentadbir Tanah Melayu ini?
“Kepada pemimpin Melayu yang berdegar-degar mahu mempertahankan Raja, malulah kamu dengan diri sendiri.
“Sibuk dengan kuasa dan harta. Sedangkan tanah sendiri makin tergadai,” selar Afnan.



