KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa menjangkakan taktikal Barisan Nasional (BN) yang semakin ghairah mahu gerak solo di Johor dan Melaka hanya akan memecahkan undi Melayu.
Katanya dengan terpecahnya undi Melayu hanya akan menguntungkan DAP.
“Semakin ghairah BN mahu solo di Johor dan Melaka. Silakan.
“Apa pun analisa, BN secara solo adalah formula paling pasti memecahkan undi Melayu dan ia strategi tepat memenangkan DAP
“Apakah ini satu lagi taktikal orang tertentu untuk membantu Madani? soal AJK Pas Pusat itu.
Menurut Annuar lagi, mengukur kekuatan berdasar PRN yang lalu adalah satu kesilapan, kerana pola mengundi terkini yang perlu dilihat ialah PRU15 pada Nov 2022.
“Pada PRU tersebut undi BN di DUN menunjukkan BN tewas di Johor dan Melaka.
“PKR mendakwa mereka telah kuasai 32 kerusi DUN di PRU lalu,manakala di Melaka Umno cuma menang 2 atau 3 kerusi DUN sahaja.
“Hanya satu formula yang pasti untuk merubah politik negara yang semakin berkecamuk iaitu Muafakat BN PN dimeterai segera,” seru beliau.



