JSJK Bukit Aman Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Kad Sim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lelaki tempatan disyaki terbabit sindiket penipuan pelaburan berbentuk perniagaan kad sim ditahan dalam serbuan di sekitar ibu negara, di sini kelmarin.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket yang dipercayai aktif sejak 2020 itu.

“Berdasarkan siasatan, sindiket didalangi warga tempatan dipercayai menawarkan pelaburan berbentuk perniagaan kad sim dan produk daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“Setiap pakej pelaburan menawarkan pulangan bulanan yang berbeza dan dijanjikan bayaran sepanjang hayat.

“Bagaimanapun pelabur hanya menerima pulangan di peringkat awal sebelum dimaklumkan bahawa syarikat mengalami kerugian dan pulangan dijanjikan tidak dapat dibayar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak polis menerima tiga laporan berhubung penipuan itu dengan kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM1.45 juta.

Katanya, polis merampas dua unit telefon bimbit, sekeping kad pengeluaran wang automatik (ATM), buku cek (dua) yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penipuan.

“Suspek berusia 32 tahun direman dua hari bermula semalam dan diberi jaminan polis selepas tempoh reman tamat hari ini.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan melakukan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat