Kit Siang Perlu Henti Cuba Cetuskan Huru-Hara, Sabotaj Negara – Nazir Husin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Hantaran media sosial pemimpin DAP, Lim Kit Siang, yang bertanya “apakah rumah Perdana Menteri dan Menteri akan dibakar oleh rakyat yang marah seperti mana di Sri Lanka” adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab, bersifat anarkis dan satu sabotaj kepada ekonomi negara, kata Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa Datuk Nazir Husin Akhtar Husin.

“Setelah berpuluh-tahun menjadi Ahli Parlimen, Lim Kit Siang pasti sedar bahawa kenyataan-kenyataan beliau bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat negara ini, tetapi juga pelabur asing yang tidak berada di negara ini.

“Ekonomi Malaysia hari ini tidak sama langsung dengan keadaan di Sri Lanka. Sri Lanka berhadapan krisis inflasi yang mendadak sehingga rakyat tiada wang untuk membeli barang keperluan asas.

“Di Sri Lanka, harga barangan keperluan asas mula meningkat pada akhir 2021, dan kini orang ramai membayar sehingga 30% lebih berbanding setahun yang lalu. Ramai yang terpaksa berlapar, bahan api tidak dapat memenuhi permintaan, bekalan elektrik kerap terputus, dan ubat juga tidak mencukupi.

“Apakah semua ini mencerminkan keadaan Malaysia hari ini? Ia tidak sama sekali. Majoriti rakyat negara ini masih mempunyai makanan atas meja setiap hari, stesen minyak kita masih berjalan seperti biasa, jalan raya masih sesak, bekalan elektrik kekal stabil dan rumah-rumah terbuka hari raya aidilfitri terus berjalan dengan meriah,” katanya, dipetik dari kenyataan di Facebook beliau, hari ini.

Nazir berkata, walaupun negara ini berhadapan inflasi seperti mana yang turut dihadapi oleh hampir semua negara di dunia ketika ini, namun sistem pentadbiran negara tetap utuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Malah keperluan majoriti rakyat tidak pernah terancam. Jika kita kekurangan bekalan makanan tertentu ia bukan kerana rakyat tidak mampu membeli, namun kerana negara yang mengeksport mengambil tindakan mengurang eksport akibat krisis dalam negara mereka.

“Tidak seperti rakyat Sri Lanka yang kelaparan, rakyat Malaysia hanya berhadapan terpaksa memilih bahan makanan lain sebagai pilihan,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Nazir menggesa Lim Kit Siang memohon maaf atas kenyataan tersebut.

“Saya berharap sebagai wakil rakyat veteran Lim Kit Siang memadam hantaran tersebut dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

“Adalah sangat menyedihkan dalam keadaan negara berusaha untuk pulih dari kemelut ekonomi dan pandemik Covid-19, Lim Kit Siang memberi gambaran tidak benar mengenai keadaan negara kepada rakyat dan pelabur luar negara,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat