Ben Ali, isteri salur bantuan ke Palestin

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon yang juga ahli perniagaan Ben Ali menyumbang RM40,000 kepada tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu rakyat Palestin.

Ben, 30, atau nama sebenarnya Nurali Nadzwan berkata, sumbangan itu diperoleh hasil jualan produk Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.

“Berkat hasil pembelian pelanggan dan juga berkat izin Allah SWT, kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah.

“Kami menyumbang RM40,000 kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura. Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami.

“Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000. Dia sangat terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin di sana. Hampir setiap hari dia menangis apatah lagi melihat kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ben, dia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan beban saudara Islam di sana.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sejak dahulu menyokong perjalanan kami. Daripada anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.

“Kami mengajak anda untuk turut serta sama membantu mengikut kemampuan masing-masing menerusi dana Absolut Grace Charity. Ini juga adalah inisiatif isteri. Diharap kita semua mendapat syafaat daripada Allah. Insya-Allah,” katanya.

Mengenai aktiviti amal itu, Ben berkata, dia dan isteri sudah mulakan sejak Ramadan lalu.

“Alhamdulillah, sepanjang Ramadan lalu kami ke 15 rumah anak yatim dan orang tua selama 15 hari. Kami berikan sumbangan berupa derma dan belikan mereka kelengkapan raya. Ada juga rumah orang tua yang kami taja sepenuhnya membabitkan sewa mereka. Semua ini hasil jualan produk kami.

“Insya-Allah, tahun depan kami menyasarkan nak buat sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Doakan ia dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat