37 Jangkitan Baru, 31 Pesakit Covid-19 Sembuh dan Satu Kematian Hari Ini – KKM

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Pemandu Pelancong, Teksi dan Bas Terima Bantuan Kewangan RM500

KUALA LUMPUR - Pemandu pelancong, teksi dan bas akan menerima bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 melibatkan peruntukan tambahan RM66 juta di bawah pakej...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

MINDEF Terima Sumbangan RM200,000 Bantuan Persekolahan Anak Anggota Tentera

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...

PUTRAJAYA — Terdapat 37 lagi kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,978 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,218 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ingin dimaklumkan daripada 37 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 35 kes adalah penularan tempatan di mana 22 kes adalah bukan warganegara Malaysia,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Selain itu, sebanyak 31 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan discaj daripada wad direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kes pulih daripada wabak itu kini mencapai angka 80.9 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,646 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 114 kes atau 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes kematian itu membabitkan kes ke-6942 yang merupakan wanita tempatan berusia 77 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah hati, yang telah dirawat di sebuah pusat perubatan di Pahang, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 3.09 pagi semalam (18 Mei).

Beliau berkata sehingga kini juga terdapat 11 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berhubung prosedur operasi standard (SOP) semasa membeli-belah menjelang musim perayaan ini, beliau berkata pihaknya bimbang berikutan masih terdapat segelintir masyarakat yang didapati tidak acuh dan secara terang-terangan melanggar SOP yang telah ditetapkan.

“Harus diingati bahawa walaupun jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan semakin menurun, namun masih terdapat bahaya jangkitan Covid-19 dalam masyarakat. Oleh itu, kita mesti menjaga diri kita, keluarga kita dan juga komuniti kita daripada jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengelakkan daripada aktiviti membeli-belah di tempat-tempat yang sesak dan sempit, di mana jarakan sosial sukar diamalkan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...