KKM Terima 8 Ribu Panggilan, Kes Aduan Mental Sepanjang PKP

Pelantikan Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tidak Langgar Perlembagaan – Shamrahayu

KUALA LUMPUR: Pelantikan tiga Timbalan Ketua Menteri bagi Kerajaan Negeri Sabah tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan negeri itu, kata pakar Perlembagaan Prof Dr...

Penularan COVID-19 Masih Terkawal, Kadar Kebolehjangkitan 1.39

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal dengan kadar kebolehjangkitan (RO), atau disebut ‘R-Naught’ adalah kurang daripada 1.6 dengan kadar ketika ini adalah...

Emir Kuwait Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

EMIR Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, telah meninggal dunia pada usia 91 tahun setelah memerintah negara Teluk selama 14 tahun, para pegawai mengumumkan...

Lepas UMNO Cium, Katak Menjadi Putera Raja, Kata Khaled

Kuala Lumpur - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mengeluarkan kenyataan sindiran terhadap konflik politik yang berlaku di Sabah. Bekas menteri...

Jika BN Adalah Beban, Elok PN Segera Tamatkan Kerjasama Politik – Nazir

Kuala Lumpur - Sebarang kerjasama politik yang dibentuk harus dengan ada keikhlasan bukannya mendabik dada paling kuat dan paling bersih. Menurut Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa,...

Kuala Lumpur – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan telah menerima 8,380 panggilan berkaitan kes kesihatan mental kesan akibat penularan pandemik Covid-19 sehingga 18 Mei.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, isu pertama yang dibangkitkan semasa kaunseling secara atas talian adalah masalah emosi iaitu melebih 46.8 peratus.

“Antaranya stres, bimbang, kemarahan akibat pelbagai faktor sosial seperti masalah kewangan tiada wang, perselisihan faham dengan keluarga dan sebagainya.

“Isu kedua berkaitan wabak Covid-19 iaitu lebih kurang 20 peratus ada kebimbangan sebab maklumat tak tepat mereka terima. Jadi kita kena beri kaunseling untuk mereka dapat maklumat terkini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Selasa petang.

Jelas beliau lagi, bantuan keperluan asas iaitu 6.9 peratus dan masalah keganasan rumah tangga dan perhubungan (6 peratus) antara isu ketiga dan keempat yang dibangkitkan.

“Isu kelima masalah psikiatri iaitu kemurungan dan keresahan kira-kira 2.4 peratus dan 0.2 peratus masalah penderaan kanak-kanak,” katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, orang ramai boleh menghubungi talian hotline KKM untuk mendapatkan nasihat berkaitan kesihatan mental.

“Jadi kita ada talian hotline supaya mereka boleh hubungi doktor atau staf KKM yang akan memberi nasihat dan kaunseling online kepada mereka.

“Apa yang pasti kita kena beri nasihat ikut sudut masalah mereka. Contohnya kalau isu Covid-19 kita beri penerangan dan beri maklumat tepat supaya mereka faham apa boleh dilakukan dan apa yang perlu dielakkan.

“Yang penting patuh prosedur operasi standard (SOP). Jadi kalau mereka faham, mereka boleh terima isu kesihatan mental mereka,” katanya.

Semua petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan emosi akibat Covid-19 boleh hubungi talian bantuan psikososial Medical Relief Society (Mercy Malaysia) 011-63996482,011-63994236 atau 03-29359935.

Waktu operasi perkhidmatan ini bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari (kecuali bulan Ramadan sehingga 4.30 petang).

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan