Turki Bimbang Kewujudan Makmal Biologi AS Di Beberapa Negara Jadi Ancaman Kesihatan

- Advertisement -

ISTANBUL – Rakyat Turki menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kewujudan makmal biologi dikendalikan Amerika Syarikat (AS) di beberapa negara, sekali gus menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Laksamana Bersara, Turker Erturk, berkata fasiliti seumpamanya menjadi masalah terbesar yang dihadapi manusia pada hari ini.

“Ketika memegang jawatan, saya tahu bahawa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak mempunyai gudang untuk senjata biologi.

“Hanya langkah keselamatan dan doktrin yang diajarkan. Sekiranya makmal sebegitu wujud, ia berada dalam keupayaan tersembunyi Washington.

“Saya harap ia tidak digunakan lagi dan tiada perancangan untuk menggunakannya,” katanya yang bertugas sebagai Komander Akademi Laut Turki antara 2008 dan 2010.

Berdasarkan data yang diperoleh secara umum, wujud 336 makmal itu di 30 negara, termasuk 26 di Ukraine, yang menerima dana daripada Program Pengurangan Ancaman Biologi.

Ia adalah sebahagian daripada Program Kerjasama Pengurangan Ancaman (CTR) Jabatan Pertahanan AS.

Bagaimanapun, fakta mengenai perkara itu jarang didedahkan oleh media arus perdana di Turki, yang juga anggota NATO sejak 1952.

Sedat Kochan, 35, terkedu selepas mengetahui jumlah makmal yang dikendalikan AS itu.

“Ia adalah bahaya besar, yang sangat besar,” katanya yang menekankan bahawa makmal berkenaan perlu dikawal.

Seorang penduduk Istanbul, Abdurrahman Kalemdar, 60, berkongsi kebimbangannya bahawa jika makmal itu wujud, ia membawa risiko bencana kepada dunia.

“Apa yang saya tahu, tiada apa lagi yang boleh berlaku, yang belum terjadi kepada kita disebabkan oleh AS. Anda tahu apa yang berlaku di Timur Tengah?

“Saya inginkan keamanan untuk seluruh dunia, biarkan semua orang tinggal di negara masing-masing, tidak campur tangan di sana sini,” katanya.

Terdahulu, pakar genetik dan perubatan biologi Tukri, Korkut Ulucan, menegaskan bahawa makmal itu harus boleh diakses oleh jawatankuasa saintifik antarabangsa dan kegiatan mereka perlu diaudit oleh pelbagai pertubuhan bebas untuk mengelak kebocoran. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat