PAS terbuka terima Amanah sertai PN dengan syarat kena keluar PH

KUALA LUMPUR – PAS mengakui terbuka menerima penyertaan Amanah ke dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN),” kata Ketua Penerangannya Kamaruzaman Mohamad.

Menurut beliau, PAS tidak melihat sebarang percanggahan antara hubungannya dengan Bersatu dan pendiriannya menolak Amanah.

Kamaruzaman berkata, pihaknya tidak bermasalah sekiranya Amanah mahu menyertai PN untuk menyumbang kepada penyatuan ummah.

“Saya menyambut saranan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PN satu platform untuk menyatukan semua.

” Jadi sekiranya Amanah ingin untuk bersama maka ianya boleh dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi PN,” katanya memetik FMT.

Beliau mengulas persoalan oleh segelintir pihak mengenai kesediaan PAS bekerjasama dengan Amanah sepertimana PAS mahukan UMNO bekerjasama dengan Bersatu.

Kamaruzaman akur, sehingga kini asas fahaman pejuangan PAS dan Amanah berbeza menyebabkan dua parti itu sukar bekerjasama.

Justeru, kata beliau, kedudukan PAS-Amanah yang duduk dalam dua gabungan berasingan tidak seperti UMNO dan Bersatu yang bersama dalam kerajaan PN.

Beliau berkata PAS hanya menjalin kerjasama dengan Bersatu setelah parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH), sesuatu yang belum dilakukan oleh Amanah.

“Sekarang, mereka (Amanah) bersama dengan DAP, bersama PKR (dalam PH), yang kita tolak. Ini maknanya dua situasi berbeza, Bersatu dulu bersama PH dan telah keluar sebab itu kita membuat kerjasama ini (dalam kerajaan PN).

“Sekarang, Amanah masih bersama dengan DAP jadi ia dua situasi jauh berbeza. Tidak boleh nak samakan antara situasi Amanah dengan Bersatu buat masa ini,” katanya.

Sebelum ini Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dipetik laporan media sebagai berkata, sekiranya PAS mahu mempertikaikan hubungan keruh antara UMNO dan Bersatu, maka PAS perlu membayangkan dirinya berada dalam situasi sama dengan parti Amanah.

Selain membangkitkan bagaimana Bersatu merupakan parti serpihan yang membawa ‘lari’ 15 kerusi dimenangi UMNO pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, Ahmad berkata Bersatu juga mencuri ahli Umno di peringkat akar umbi.

“Kalau PAS kata, apa benda ni (bergaduh)? Saya nak bagi tahu kepada PAS, wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan kalau daripada 18 kerusi itu, katalah 15 kerusi melompat kepada Amanah.

“Lepas itu kita nak paksa PAS yang tinggal beberapa kerusi itu baik dengan Amanah. Boleh ke?” soal Ahmad.

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...